Perhimpunan Akhir Sesi Persekolahan 2009

Majlis ini berlangsung pada 20 November 2009 (Jumaat) di Dewan al-Ghazali SKASA...Banyak aktiviti yang dijalankan sebagai penutup sesi persekolahan 2009:
Sumbangan Pihak Sekolah & PIBG untuk murid cemerlang UPSR 2009

  • Anugerah Guru Sit-in Terbanyak Sesi 2009
  • Anugerah RMT Terbaik
  • Anugerah Kelas Paling Ceria 2009
  • Penyerahan Kad profil Murid Tahun 6
  • Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2010

Semoga sesi 2010 mendatangkan lebih banyak kejayaan dan keberkatan dari Allah S.W.T...Selamat bercuti dan sehingga kita semua bertemu lagi pada 04 Januari 2010...



Jamuan Perpisahan Buat Murid Tahun 6 & Guru Yang Berpindah

Majlis ini diadakan pada 18 November 2009 (Rabu) pada jam 0730 malam bertempat di Restoren Tandang Sari...Semoga himpunan kita ini mendapat rahmat dari Allah dan terhindar dari dosa..Majlis ini dianjurkan khusus buat murid-murid tahun 6 2009 yang akan tamat belajar di SKASA...dan juga buat sahabat-sahabat yang akan berpindah ke sekolah yang baru...Semoga pertemuan ini menjadi saksi persahabatan yang kita bina atas dasar ketakwaan kepada Allah...Mudah-mudahan kita mendapat naungan daripada-Nya di akhirat kelak.


Majlis Anugerah Cemerlang Fasa 2

Majlis bersejarah ini berlangsung pada 18 November 2009 (Rabu) sebagai kesinambungan penghargaan di atas pencapaian cemerlang murid-murid dalam bidang akademik & ko-kurikulum..Semoga ianya menjadi lonjakkan kecemerlangan kepada anak didik kita pada masa hadapan..

  • Antara tetamu yang hadir



  • Penyampaian Sijil & Hadiah



  • Penyampaian Anugerah & Sijil



  • Persembahan Murid



  • Penyampaian Anugerah Khas



  • Jamuan & Warga SKASA


Majlis Anugerah Cemerlang Fasa 1

Majlis ini diadakan pada 13 November 2009 (Jumaat) untuk memberi lebih ruang dan keselesaan dalam mengendalikan Majlis Anugerah Cemerlang Fasa II nanti...Antara anugerah & hadiah yang disampaikan dalam majlis ini ialah...

  • Akademik Terbaik Penggal 1 2009
  • Sijil Penyertaan Ko-Kurikulum
  • Hadiah Khatam Al-Quran 2008/2009
  • Akademik terbaik KAFA Penggal 1 & 2



Majlis Khatam Al-Quran 2009

Majlis ini diadakan pada 12 November 2009 bertempat di Dewan al-Ghazali SKASA sebagai wadah meraikan murid-murid tahun 6 yang telah tamat membaca al-Quran..Semoga majlis sebegini dapat memberi manfaat kepada semua warga SKASA khasnya dan kepada semua ummat Islam di luar sana...Semoga kita menjadi generasi yang sentiasa memartabatkan AL-Quran...