PEMILIHAN ATLET ZON SRI AMAN BAGI KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN.

Pada 19 dan 20 Feb yang lepas, telah dijalankan sesi pemilihan atlet untuk mewakili zon sri aman ke peringkat bahagian. Alhamdulillah, seramai 5 orang murid SKASA telah dipilih untuk mewakili zon sri aman ke kejohanan tersebut yang bakal diadakan pada 10-14 Mac 2014 di Kompleks Sukan Sri Aman.

Murid yang terpilih ialah :
1) Mohd Zuhairi (4B)
2) Awang Fairulrizan bin Awg Unan (6C)
3) Al-aiman bin Alhias (6C)
4) Muhd Afif Haiqal bin Asri (6C)
5) Daniel Asyraf bin Rizauddyn (6C) - Acara Lontar Peluru

Sekarang, sedang giat dijalankan latihan persediaan untuk kejohanan sehinggan 7 Mac.

TAHNIAH diucapkan kepada yang terpilih dan juga kepada semua murid yang mewakili SKASA ke sesi pemilihan tersebut. Kami mendoakan kejayaan anda semua.



















LATIHAN KEBAKARAN &  DEMONSTRASI MEMADAMKAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 12 Februari lepas, Unit Hal Ehwal Murid(HEM) melalui jawatankuasa Keselamatan sekolah telah mengadakan latihan kebakaran & kecemasan kali-1 bagi sesi 2014. Program ini mendapat kerjasama dari Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Sri Aman. Program bermula seawal 8 pagi dengan sesi penerangan berkaitan kebakaran serta langkah-langkah menggunakan alat pemadam api yang betul.

Program diteruskan dengan demonstrasi memadamkan kebakaran yang dijalankan di padang sekolah, Turut serta sukarelawan dari kalangan murid-murid untuk mencuba memadamkan api.

Program berakhir dengan latihan kecemasan kebakaran. Guru-guru, murid-murid didedahkan dengan situasi jika berlaku kecemasan berlaku kebakaran, Siren dibunyikan, murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka bergerak dan berkumpul di tapak berhimpun yang telah ditetapkan.  murid-murid berbaris mengikut kelas masing-masing. Masa yang diambil oleh semua murid dan staf untuk berkumpul di dataran itu adalah di bawah masa 3 minit.  Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak jadual kedatangan untuk memastikan tiada murid yang tertinggal. 


TAHNIAH diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 




















PERJUMPAAN KALI-1 GERKO SKASA SESI 2014

RABU, 5 FEB : Hari ini merupakan hari pertama dijalankan aktiviti Kokurikulum sesi 2014. Semua Unit Beruniform dan sukan (IM1S) telah mengadakan sesi pemilihan jawatankuasa bagi setiap unit dan sukan bagi melengkapi agenda pertama pertemuan kali-1 ini. Tahniah kepada murid-murid yang telah dipilih untuk menggalas amanah sebagai jawatankuasa murid bagi unit beruniform dan sukan masing-masing.

Untuk makluman semua, aktiviti Kokurikulum dijalankan setiap minggu seperti ketetapan berikut :

SETIAP RABU : Unit Beruniform\ Persatuan Ko-Akademik & Sukan (1 Murid 1 Sukan)
JAM : 2.30-4.30 Petang

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Persatuan Bulan Sabit Merah

Pengakap

Puteri Islam



CERAMAH KEIBUBAPAAN TAHUN 6

4 FEB : SKASA dengan kerjasama unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengambil inisiatif melaksanakan suatu ceramah khas keibubapaan khusus kepada para ibubapa murid Tahun 6. Program ini dijalankan sebagai suatu langkah keprihatinan sekolah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru di sekolah sekaligus menjadi satu program sarana keibubapaan dalam membina hubungan kerjasama yang erat dalam memacu kecemerlangan SKASA dalam bidang akademik mahupun sahsiah insan murid-murid.

Encik Zainal bin Surat (Kaunselor Berdaftar PPD Sri Aman dan al-Fadhil Ustaz Zulhazmi Bohari (Pegawai Baitulmal Caw. Sri Aman) telah dijemput khas untuk mengisi 2 slot ceramah. Banyak ilmu dan nasihat yang dikongsi yang boleh dijadikan panduan kepada ibubapa dan murid-murid. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

En Zainal Surat sedang menyampaikan ceramah kepada ibubapa


ibubapa tekun mendengar perkongsian ilmu dari penceramah

slot 2 diambil alih oleh Ustaz Zulhazmi


Penyampaian yang menyentuh hati hadirin yang mendengar