TAHNIAH! PELANTIKAN PEN. KANAN PENTADBIRAN YANG BARU
Tahniah Cikgu SARIFUDDIN BIN HAJI MAHDI atas pelantikan beliau sebagai Pen. Kanan Pentadbiran yang baru.
Semoga pelantikan beliau ini dapat mengharumkan lagi nama SK Agama Sri Aman.
Insha Allah..
SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2016..
Alhamdulillah.. sesi persekolahan bagi tahun 2016 telah bermula 2 minggu yang lepas..
Semoga tahun 2016 ini memberi lebih kejayaan kepada anak-anak SK Agama Sri Aman serta para guru.
Kami para guru SK Agama Sri Aman mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Program Pasca UPSR :LAWATAN TAHUN 6 KE BANDARAYA KUCHING
Alhamdulillah, pada 6 dan 7 Oktober 2015 yang lalu, murid-murid tahun 6 telah menyertai lawatan sambil belajar ke bandaraya Kuching.
Banyak tempat yang telah dilawati seperti Kampung Budaya Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Rumah Kediaman YB Hajah Simoi, Stesen Radio CATS FM dan TLDM.
Sesungguhnya lawatan ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa bantuan dan kerjasama guru-guru, ibu bapa murid serta para penyumbang yang telah memberi sumbangan tajaan dan kewangan.
SK Agama Sri Aman dengan berbesar hatinya ingin menyatakan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tertinggi kepada semua penyumbang:

- YB. Puan Hajah Simoi Haji Peri,
- Y.B. Datuk Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof
- Pengurus Pertama Bakery Sri Aman
- Pn. Shamsiah bt. Bujang
- Penjara Pusat Sri Aman
- Syarikat Pembekal Hua Ngong Sri Aman
- Pn. Fatimah bt Abd Aziz serta rakan-rakan beliau
gambar-gambar sekitar lawatan tersebut:
HARI PERTAMA :
Terima kasih diucapkan kepada Penjara Pusat Sri Aman atas bas yang digunakan sepanjang lawatan.
Kampung Budaya Sarawak
Pustaka Negeri Sarawak
* Alhamdulillah, lawatan ini telah dapat dijalankan dengan jayanya walaupun pada awalnya terpaksa ditukar tarikh atas sebab jerebu. Kami berterima kasih atas semua penyumbang-penyumbang yang telah menyumbang bagi menjayakan lawatan ini.

Terima kasih juga kepada Pn. Shamsiah bt. Bujang atas tajaan makan tengahari pada hari pertama.
Kampung Budaya Sarawak
Pustaka Negeri Sarawak
Pada malam hari pertama, kami sungguh bertuah kerana dapat berkunjung ke Rumah Kediaman YB Hajah Simoi dan menikmati makan malam bersama beliau.
HARI KEDUA :
Pada hari kedua, kami berkunjung pula ke stesen radio CATS.FM.
Seterusnya kami ke TLDM
Sebelum pulang semula ke Sri Aman, kami telah menjamu selera di Restoran Asam Belimbing. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Y.B. Datuk Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof kerana sudi menaja makan tengahari kami di sana.
* Alhamdulillah, lawatan ini telah dapat dijalankan dengan jayanya walaupun pada awalnya terpaksa ditukar tarikh atas sebab jerebu. Kami berterima kasih atas semua penyumbang-penyumbang yang telah menyumbang bagi menjayakan lawatan ini.
AL FATIHAH UNTUK CIKGU HOSSIN (PK1)
Innalillahiwainnailaihirojiun..
SK Agama Sri Aman telah kehilangan seorang rakan serta pemimpin yang sangat berjasa kepada pentadbiran sekolah.
Sebelum Hari Raya Aidil Adha yang lalu, arwah cikgu Hossin telah meninggalkan kami selamanya untuk bertemu pencipta.
Sesungguhnya, jasa dan bakti beliau amat berharga buat kami.
Al- Fatihah untuk allahyarham. semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
YA! KITA JUARA!!! PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG & FORMASI PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN
Pada 12 Ogos 2014, kumpulan kompang sekolah telah menempa kejayaan buat pertama kalinya apabila berjaya memenangi pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah peringkat Bahagian Sri Aman. Pasukan kompang sekolah telah menewaskan SK Abang Aing dan sekaligus akan mewakili Bahagian Sri Aman ke peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada 27-29 Ogos di Sri Aman.
Tahniah kepada jurulatih, Cg Farzona, Cg Aifa dan Ustaz Azri atas usaha yang diberikan.
All the Best untuk ke peringkat negeri! TAHNIAH!!!

| Bergambar kenangan dengan pasukan SK Abg Aing |
MAJLIS TAMAH TAMAH AIDILFITRI
Pada 8 Ogos yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan majlis ramah tamah Aidilfitri sebagai suatu acara tahunan sekolah untuk meraikan aidilfiri dengan seluruh warga sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin, diikuti dengan perhimpunan mingguan sekolah.
Sekitar jam 8.30 pagi, majlis bermula dengan ucapan oleh tuan Guru Besar, persembahan qasidah, persembahan nyanyian lagu raya, kuiz raya dan persembahan khas oleh wakil ibu bapa dan tidak dilupa tuan Guru Besar sendiri.
Walaupun sambutan dijalankan dengan cuaca yang hujan lebat, namun ia tidak mengurangkan keceriaan dan kehangatan majlis dengan kehadiran para ibubapa yang diluar jangkaan. Tahniah kami ucapkan!

Subscribe to:
Posts (Atom)