Pihak Jawatankuasa Pengelola Bengkel Projek HIPERS 2010 mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru dan staf yang terlibat dalam menjayakan program ini. Di samping itu, tahniah diucapkan kepada semua murid calon UPSR 2010 yang terlibat. Dengan usaha kita bersama mudah-mudahan Allah memberikan kejayaan kepada semua calon UPSR dan kecemerlangan berterusan buat sekolah yang kita cintai...
Selamat Hari Guru buat semua tenaga pengajar SKASA..Semoga jasa anda semua diberkati Allah.. Di antara aktiviti sempena hari guru pada tahun ini.."Guru Pembina Negara Bangsa"
Minggu ini merupakan minggu peperiksaan. Bermula 18 - 21 Mei 2010, semua murid SK Agama akan menduduki Peperiksaan Penggal 1 tahun 2010. Diharapkan semua murid telah bersedia dan menjawab solaan dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati. Semoga peperiksaan ini dapat menjadi kayu pengukur kepada pencapaian murid-murid sepanjang 1 semester mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih juga kepada pihak pentadbir, semua guru dan staf sekolah yang membantu menjayakan peperiksaan ini..