Program Kecemerlangan UPSR fasa 1

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, tahniah pihak SKASA ucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Program Kecemerlangan UPSR 2011 kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Juga setinggi ucapan terima kasih kepada semua guru, staf & murid-murid tahun 6 yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program yang telah dijalankan bermula 10 - 12 Mei 2011 ini dapat menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan murid-murid sekalian..Syabas!

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Agama (MIS)

Assalamualaikum...
Mesyuarat ini telah diadakan pada 05 - 06 Mei 2011 bertempat di Harbour View Hotel, Kuching. SKASA telah diwakili oleh En. Hossin bin Ramli (PK 1) dan Ustaz Zaidi bin Othman (PKKK). Melalui mesyuarat ini diharapkan Pengurusan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Sarawak akan bertambah baik dan lancar.. Syabas dan tahniah..


MTQ Peringkat Negeri Sarawak 2011

Assalamualaikum....
Pihak SKASA dengan rasa bangga & kesyukuran mengucapkan tahniah kepada Kontigen Sri Aman yang berjaya terpilih mewakili Daerah Sri Aman/Lubok Antu dalam pertandingan ini. Syabas kepada 14 orang murid dan guru-guru pengiring yang terlibat dalam pertandingan ini. Majlis ini diadakan di Politeknik Mukah. Semoga perjalanan dan kelancaran majlis ini di bawah keberkatan Allah S.W.T.

Sebelum Bertolak:

Aktiviti di Mukah:

English Language Story Telling Competition

Assalamualaikum....
Congratulations to English Panel's for getting another achievement in Story Telling Competition Level II for Sri Aman Zone. This competition has been held in SK Selepong on 3rd May 2011. Our participant Anna Zafira bt Fasre got 3rd place. Congratulations to everybody who are involved. Thank you...