Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Assalamualaikum....
Selamat Hari Guru kepada semua guru SKASA. Syabas & tahniah kepada Jawatankuasa Perayaan Hari Guru 2011 kerana berjaya mengelolakan majlis sambutan ini. Tiada apa yang lebih bermakna buat guru-guru SKASA, melainkan kesedaran dan kesungguhan murid-murid dalam menuntut ilmu. Terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja yang terlibat dalam menjayakan program ini. TERIMA KASIH CIKGU...."Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Majlis Perasmian
Persembahan Guru-Guru
Sukaneka Guru

Latihan Rumah Sukan 2011

Assalamualaikum...
Dalam suasana kehangatan sepanjang hari, pihak SKASA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru & staf yang bertungkus-lumus sepanjang minggu ini ( 9 -13 Mei 2011 ) berusaha melatih atlet rumah sukan masing-masing sebelum berlangsungnya kejohanan tersebut. Melalui latihan ini, diharapkan semua murid yang terlibat dalam apa jua acara yang dipertandingkan akan lebih bersedia dan berkeyakinan... Teruskan usaha ini dan kita berdoa semoga sepanjang kejohanan ini berlangsung, semua persiapan dan aktiviti kita dipermudahkan Allah...InsyaALLAH.


Penghargaan MTQ Peringkat Negeri 2011

Assalamualaikum...
Pihak SKASA ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid yang mewakili Daerah Sri Aman dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri yang diadakan di Politeknik Mukah. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru pengiring yang bertungkus-lumus melatih dan menjaga kebajikan murid kita di sana. Semoga Allah sentiasa merahmati kita dengan kesihatan , keselamatan & kejayaan yang cemerlang...

Pertandingan Petanque Wanita Antara Rumah Sukan 2011

Assalamualaikum....
Tahniah & syabas pihak SKASA ucapkan kepada Pengelola Pertandingan Petanque Wanita Tertutup Antara Rumah Sukan 2011 kerana berjaya menganjurkan aktiviti riadah ini dengan cemerlang..Semoga melalui aktiviti ini semua warga SKASA akan lebih mesra dan lebih mendalam semangat kekitaan. Tahniah kepada Juara Pertandingan ini iaitu Rumah Kuning dengan menewaskan Rumah Biru di pertandingan akhir... Syabas & Tahniah semuanya...

Tarikh Pertandingan: 11 - 12 Mei 2011
Tempat : Gelanggang Petanque SK Agama Sri Aman
Masa : 4.00 - 5.30 Petang