Pihak Sekolah mengucapkan tahniah & syabas kepada semua guru, staf dan murid-murid yang terlibat dalam program ini. Diharapkan aktiviti sebegini dapat mendidik dan mendisiplinkan murid-murid dalam menjalani kehidupan di hari mendatang...
Lawatan ini telah dihadiri oleh semua murid tahun 6 dengan diiringi oleh guru pengiring. Melalui lawatan ini, diharapkan dapat menerapkan nilai murni dan semangat tolong-menolong di kalangan kita. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada semua. Tahniah kepada Jawatankuasa Lawatan ini.
Majlis ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid tahun 6 yang akan melangkah ke alam persekolahan menegah tahun hadapan. Banyak input yang bermanfaat diterima daripada program ini.
Pihak JAIS & JPN Sarawak telah menjalankan pemantauan & penyeliaan khas untuk Pencalonan Anugerah Khas Maal Hijrah Kecemerlangan SKA 2009. Semoga SKASA bertuah dan terpilih untuk menerima anugerah ini..InsyaAllah..