Profil Sekolah

Visi Sekolah

MENJADI SEKOLAH CONTOH BAHAGIAN SRI AMAN
MENJELANG TAHUN 2010


Misi Sekolah


  • Meningkatkan kecemerlangan akademik dengan melaksanakan perancangan bersistematik dan berkesan
  • Meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua aktiviti kokurikulum hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan
  • Meningkatkan sahsiah murid melalui pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti agama
  • Meningkatkan pengurusan sekolah secara profesional melalui perkembangan staf / Selamat Pagi Guru dan mesyuarat staf
  • Meningkatkan silaturrahim yang padu dengan sekolah-sekolah lain, jabatan-jabatan serta masyarakat dan Persatuan Ibubapa dan Guru

Slogan Sekolah

"BE THE BEST AMONG THE BEST"


Motto Sekolah

“BERDISPLIN BERILMU BERAMAL”

PENGERTIAN COGAN KATA

BERDISIPLIN
Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dalam semua aspek

BERILMU
Melahirkan murid-murid yang berpendidikan dan berilmu pengetahuan

BERAMAL
Mengamalkan budaya cemerlang, gemilang dan terbilang



Lencana/Logo Sekolah


  • Warna Kuning Lambang Keislaman, kemurnian dan LambangRaja Berpelembagaan
  • Warna Hijau Warna kelembutan, suci, dan Kemurnian
  • Bintang dan Bulan Sabit Lambang Keislaman Menjadi teras SK Agama SriAman
  • Huruf A adalah Agama Islam


Bendera Sekolah


KUNING:

Lambang keislaman, kemurnian dan lambang

raja berpelembagaan


HIJAU:

Warna kelembutan, suci dan kemurnian



Lagu Sekolah

Kami murid SK Agama

Akan belajar bersungguh-sungguh

Hadapi cabaran rintasi halangan

Kejayaan jadi idaman


Agar jadi panduan

Dalam kehidupan

Moga jadi satu harapan


Berdisiplin, berilmu, beramal

Itulah cogankata kami

Rela berkorban demi meningkatkan

Prestasi dan mutu pelajaran



Ikrar Murid

Bahawasanya kami

Murid-murid SK Agama Sri Aman

Dengan ini berikrar akan sentiasa patuh

Kepada peraturan SK Agama Sri Aman

Kami sentiasa Menjunjung tinggi

Didikan dan budi guru-guru kami

Kami akan belajar

Dengan kesungguhan hati

Demi cita-cita murni kami

Menjadi muslimim dan muslimat sejati

Yang berdisilpin, berilmu dan beramal

Kami berikrar

Akan menyempurnakan tanggungjawab kami

Atas prinsip-prinsip berikut:


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELURUHAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

No comments:

Post a Comment