Sejarah Sekolah


  • Ditubuhkan pada 1 Disember 1991 atas inisiatif penduduk Islam Bandar Sri Aman.
  • Di penghujung tahun 1992, sekolah berpindah ke bangunan sementara yang dibeli oleh pihak Baitulmal Kuching di Jalan RTM lama.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sepanjang tahun 1993 sehingga 1995. Namun pada tahun 1996 struktur bangunan menjadi tidak selamat kerana seringkali berlaku banjir.
  • Atas rasional ini, permohonan untuk mendapatkan satu tapak yang lebih selesa dan sesuai telah dibuat oleh Guru Besar ketika itu, En.Bakhtiar Hj Mohd Nor.
  • Alhamdulillah, permohonan tersebut telah diluluskan. Pada bulan Oktober 1998 , Sekolah Rendah Bantuan Agama telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Bukit Bangku Sri Aman dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

No comments:

Post a Comment