Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum...
Warga SKASA mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustazah Norhanizar binti Hassan kerana telah berjaya menamatkan zaman bujang. Tahniah dari kami warga SKASA semoga Ustazah Norhanizar bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat . Semoga Ustazah sekeluarga berada dalam lindungan dan keberkatan dari Allah...



Penutupan Minggu Transisi Sekolah

Assalamualaikum....
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua guru tahun satu khususnya yang telah mendidik dan memberi bimbingan dan pendedahan awal kepada semua murid tahun 1 untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah... Semoga semua murid tahun satu akan berjaya di masa hadapan.


Bengkel Penentuan TOV-ETR 2011

Assalamualaikum...
Pihak Jawatankuasa Kurikulum & Jawatankuasa Penilaian & Peperiksaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus dan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam merancang dan menentukan Base-line, TOV & ETR bagi tahun 2011. Semoga segala apa yang kita rancangkan akan diberkati oleh Allah dan dapat dicapai oleh semua murid. Syabas dan Tahniah!


Warga SK Agama Sesi 2011

Assalamualaikum..selamat tahun baru dan selamat bersua kembali kepada semua warga SKASA dan semua pendokong SKASA di luar sana. Kenali Staf SKASA sesi 2011. Mudah-mudahan kita dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat lagi dalam mendidik anak bangsa kita..
STAF SK AGAMA SESI 2011



BARISAN PENTADBIR SK AGAMA SESI 2011



Panitia Mata Pelajaran Utama 2011

Assalamualaikum...Mari kita kenali warga pendidik yang bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing anak-anak sekalian dalam membentuk jati diri yang berwibawa di masa hadapan. Sokongan daripada semua pihak amatlah diharapkan terutama para ibu bapa. Terima kasih.

PANITIA BAHASA MALAYSIA


PANITIA BAHASA INGGERIS


PANITIA MATEMATIK


PANITIA SAINS


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB

Wajah Calon UPSR 2011

Assalamualaikum...Pihak SKASA amat berharap semua calon-calon UPSR pada tahun ini akan berjuang dengan penuh bersemangat. Semua pihak pentadbir, guru, staf bukan guru dan ibu bapa menaruh kepercayaan dan harapan yang menggunung untuk melihat setiap wajah-wajah calon UPSR ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang..InsyaALLAH...


Majlis Perpisahan Tahun 6 2010

Assalamualaikum.....
pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua murid tahun 6 yang berjaya menamatkan persekolahan di SK Agama ini. Ingatlah pesanan guru-guru dan ustaz ustazah anda walau di mana berada. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati setiapa apa yang kita kerjakan..Juga terima kasih kepada semua guru, staf bukan guru dan semua yang terlibat dalam majlis ini. Syabas dan tahniah..


Sukan Pasca UPSR

Assalamualaikum...

Pihak sekolah telah merancang dan berjaya melaksanakan sukan pasca UPSR untuk semua murid tahun 6 bergandingan dengan guru dan staf SKASA.. Selamat bersukan...

Petanque


Bola Jaring


Futsal