Peperiksaan Penggal 1

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan. Bermula 18 - 21 Mei 2010, semua murid SK Agama akan menduduki Peperiksaan Penggal 1 tahun 2010. Diharapkan semua murid telah bersedia dan menjawab solaan dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati. Semoga peperiksaan ini dapat menjadi kayu pengukur kepada pencapaian murid-murid sepanjang 1 semester mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih juga kepada pihak pentadbir, semua guru dan staf sekolah yang membantu menjayakan peperiksaan ini..






Gotong-Royong Perdana

Program ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penglibatan semua sekolah. Gotong-royong ini adalah sempena sambutan hari guru pada tahun ini. Program ini diadakan pada 15 Mei 2010 hari Sabtu melibatkan semua guru & staf, murid-murid tahap 2 dan ibu bapa. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia

Majlis:
Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Tahap 1 & 2

Peringkat:
Zon Sri Aman

Tarikh:
03 Mei 2010 (Isnin)

Tempat:
Dewan al-Ghazali SK Agama

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia SKASA yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Juga kepada En. Kharol Salleh, En. Tarmizi, En. Mazlan dan Pn. Mariam di atas bantuan dan sumbangan yang tidak terhingga.

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini dan syabas kepada peserta yang berjaya...Bahasa Jiwa Bangsa...