MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2014

Pada 25 Januari yg lepas, pihak sekolah dengan kerjasama PPD Sri Aman telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan di Dewan Al-Ghazali. YB Tuan Masir Kujat hadir bagi menyempurnakan upacara. Majlis berlangsung dengan  jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga bantuan ini akan menaikkan lagi semangat murid-murid untuk memacu kecemerlangan demi menjulang Pendidikan Sarawak.. Tahniah diucapkan!
KETIBAAN YB TUAN MASIR KUJAT

Dari kiri; En Dahlan Ham (GB SK Agama), YB Tuan Masir Kujat dan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman

Ucapan Tuan PPD

Ibu Bapa yang hadir

Murid menerima sumbangan



SAMBUTAN MAULIDURASUL 1435 HIJRAH PERINGAKAT SK AGAMA

17 JAN ; Alhamdulillah, hampir 400 orang warga sekolah yang terdiri dari guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid hadir memeriahkan sambutan dan perarakan sempena Maulidurasul peringkat sekolah baru-baru ini. Turut hadir tetamu jemputan iaitu Tn Hj Isselahuddin dari JAIS, dan En Aziz Rosli, Pengurus Bank Rakyat Sri Aman. Majlis bermula seawal 6.45 pagi dengan bacaan Yasin, seterusnya perarakan yang berlangsung pada jam 7.30pagi. Selesai perarakan, hadirin menikmati jamuan yang disediakan dan majlis bersambung ke slot 2 iaitu acara di Dewan Al-Ghazali. Warga SKASA menikmati halwa telinga melalui persembahan khas dari staf guru dan murid-murid. Akhir sekali, acara penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu Maulidurasul. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga SKASA atas kerjasama dan sambutan yang diberikan. Berjumpa lagi di tahun hadapan!!
bersedia untuk perarakan

kumpulan Bunga Manggar

salah satu sepanduk yang dihasilkan murid

Kumpulan Kompang sekolah mengetuai perarakan

keceriaan jelas terpancar di wajah murid-murid dan guru..

lagi wajah-wajah kegembiraan menyambut Maulidurrasul