Program Pasca UPSR :LAWATAN TAHUN 6 KE BANDARAYA KUCHING

Alhamdulillah, pada 6 dan 7 Oktober 2015 yang lalu, murid-murid tahun 6 telah menyertai lawatan sambil belajar ke bandaraya Kuching.
Banyak tempat yang telah dilawati seperti Kampung Budaya Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Rumah Kediaman YB Hajah Simoi, Stesen Radio CATS FM dan TLDM.

Sesungguhnya lawatan ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa bantuan dan kerjasama guru-guru, ibu bapa murid serta para penyumbang yang telah memberi sumbangan tajaan dan kewangan.
SK Agama Sri Aman dengan berbesar hatinya ingin menyatakan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tertinggi kepada semua penyumbang:

  • YB. Puan Hajah Simoi Haji Peri,
  • Y.B. Datuk Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof
  • Pengurus Pertama Bakery Sri Aman
  • Pn. Shamsiah bt. Bujang
  • Penjara Pusat Sri Aman
  • Syarikat Pembekal Hua Ngong Sri Aman
  • Pn. Fatimah bt Abd Aziz serta rakan-rakan beliau

gambar-gambar sekitar lawatan tersebut:

HARI PERTAMA : 

Terima kasih diucapkan kepada Penjara Pusat Sri Aman atas bas yang digunakan sepanjang lawatan.

Terima kasih juga kepada Pn. Shamsiah bt. Bujang atas tajaan makan tengahari pada hari pertama.






Kampung Budaya Sarawak










Pustaka Negeri Sarawak






Pada malam hari pertama, kami sungguh bertuah kerana dapat berkunjung ke Rumah Kediaman     YB Hajah Simoi dan menikmati makan malam bersama beliau. 




HARI KEDUA : 

Pada hari kedua, kami berkunjung pula ke stesen radio CATS.FM.









Seterusnya kami ke TLDM


Sebelum pulang semula ke Sri Aman, kami telah menjamu selera di Restoran Asam Belimbing. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Y.B. Datuk Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof kerana sudi menaja makan tengahari kami di sana.















* Alhamdulillah, lawatan ini telah dapat dijalankan dengan jayanya walaupun pada awalnya terpaksa ditukar tarikh atas sebab jerebu. Kami berterima kasih atas semua penyumbang-penyumbang yang telah menyumbang bagi menjayakan lawatan ini. 

AL FATIHAH UNTUK CIKGU HOSSIN (PK1)


Innalillahiwainnailaihirojiun..
SK Agama Sri Aman telah kehilangan seorang rakan serta pemimpin yang sangat berjasa kepada pentadbiran sekolah.
Sebelum Hari Raya Aidil Adha yang lalu, arwah cikgu Hossin telah meninggalkan kami selamanya untuk bertemu pencipta.
Sesungguhnya, jasa dan bakti beliau amat berharga buat kami.
Al- Fatihah untuk allahyarham. semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.