Amali Sembelihan

Assalamualaikum....
Pihak SKASA mengucapkan tahniah kepadaJawatankuasa Penghayatan Islam yang telah berjaya menganjurkan Kursus Amali Sembelihan dengan jayanya. Kursus ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan warga SKASA. Kursus ini melibatkan semua guru, staf sekolah, guru KAFA dan murid-murid tahap 2.
Semoga kursus ini dapat memberi pendedahan dan ilmu yang bermakna kepada semua warga SKASA. InsyaALLAH, pada masa hadapan kita akan menganjurkan banyak lagi kursus untuk memantapkan pemahaman Islam.

Video 1:

Video 2:



Tolong...Tolong...kebakaran!!

Tanggal 21 Jun 2011 (Selasa), warga SKASA digemparkan dengan kejadian kebakaran hutan di luar pagar sekolah. Kejadian yang berlaku ini mula disedari oleh Tuan Guru Besar yang kebetulan sedang melawat kawasan sekolah. Dengan tahap kelajuan angin yang laju, api semakin marak dengan cepat. Semua guru dan staf bertungkus-lumus cuba memadamkan kebakaran tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Pihak bomba telah tiba ke tempat kejadian 15 minit kemudian, dan akhirnya kebakaran dapat dikawal.

Sukan Tahunan Sekolah 2011

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama tidak menganjurkan kejohanan ini, akhirnya Unit Kokurikulum SK Agama telah berjaya merancang dan menganjurkan Kejohanan Balapan & Padang 2011 antara rumah sukan. Kejohanan ini diadakan pada 25 - 26 Mei 2011 di Kompleks Sukan Sri Aman. Tahniah kepada semua guru, staf bukan guru dan semua yang terlibat dalam aktiviti ini. Semoga segala pengorbanan kita akan memacu kecemerlangan anak didik kita....
SYABAS & TAHNIAH !!