Pertandingan MTQSS 2011

Assalamualaikum w.b.t
Pihak SKASA mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf SKASA yang terlibat secara langsung dan bertungkus-lumus mengadakan persiapan tempat dalam acara-acara yang dipertandingkan. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang kurang berjaya, InsyaAllah, di kesempatan yang lain akan dimudahkan oleh Allah. Senarai penuh keputusan bolehlah berhubung terus dengan Jawatankuasa Kehakiman yang sungguh berintegriti dalam menjalankan tugas..."Marilah Memartabatkan Al-Quran Dalam Sanubari Kita"

Pendaftaran Peserta & Cabutan Undi

Pertandingan Tilawah Al-Quran

Pertandingan Hafazan Al-Quran

Pertandingan Bercerita KDAQ

Pertandingan Syarahan Agama

Pertandingan Nasyid

Muzakarah Hakim


English Action Song Competition

Assalamualaikum....
SKASA telah menyertai pertandingan ini yang diadakan di SK St. Lawrence pada 20 April 2011. Sekolah kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan mendapat tempat ke-3. Pihak SKASA mengucapkan syabas & tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam melatih murid-murid sepanjang pertandingan ini. Semoga di lain masa kita akan berjaya, InsyaAllah.

Hari Penjumlahan Undi

Assalamualaikum...
Terima kasih diucapkan kepada Petugas SPR (Jawatankuasa Protokol) dari kalangan warga SKASA yang membantu dalam melicinkan perjalanan proses penjumlahan ini. Pihak SKASA memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat menyiarkan detik-detik perjalanan penjumlahan undi sepenuhnya atas nasihat daripada pihak Polis Di Raja Malaysia & SPR. Maka, gambar-gambar yang mendapat kebenaran sahaja dipaparkan di bawah ini. Syabas & tahniah kepada Ahli Dewan Undangan N.23 Lingga, YB Hjh Simoi bt Hj Peri.

Persiapan Pusat Penjumlahan Undi

Assalamualaikum..
Pihak SKASA mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Besar, Cikgu Dahlan kerana mengambil inisiatif dengan mengadakan aktiviti gotong-royong melibatkan semua staf SKASA dan murid-murid tahun 6. Ini adalah sebagai persiapan selaku Tuan Rumah untuk Penjumlahan Undi dalam Pilihanraya Umum Dewan Negeri Sarawak bagi DUN N.23 Lingga. Kita harapkan semoga semua aktiviti pada hari tersebut berjalan dengan lancar... "Keluarlah Mengundi Untuk Masa Depan Anda"

English Language Choral Speaking Competition

Assalamualaikum.....
Tahniah & syabas kepada peserta-peserta English Language Choral Speaking Competiton Zon Sri Aman 2011. Pertandingan ini diadakan di SJK (C) Chung Hua Sri Aman pada 14 April 2011. Seramai 31 orang murid dari SKASA telah menyertai pertandingan dan mendapat hadiah saguhati. Syabas kepada semua Guru Bahasa Inggeris yang bertungkus-lumus melatih mereka selama ini. InsyaAllah kejayaan akan kita tempa pada masa-masa akan datang.

Pemantauan Pegawai PPD

Assalamualaikum...
Sekali lagi SKASA telah dilawati oleh pegawai dari PPD Sri Aman pada 12 April 2011 (Selasa). Kehadiran kali ini adalah daripada Unit Pengurusan Akademik (UPA) iaitu Puan Huriah bt Yatim (Penyelia) dan En. Ismawi bin Majeni (Pen. Penyelia). Pegawai berkenaan telah memantau segenap aspek Pengajaran & Pembelajaran guru-guru termasuk Prasekolah. Semoga dapatan daripada lawatan ini memberi kesan yang positif kepada kualiti kerja kita. InsyaAllah segala kelemahan dapat kita baiki di masa hadapan. Terima kasih...

Perjumpaan Bersama Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum...
Bumi Sri Aman mengalukan kedatangan YB Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran ke Sri Aman pada malam 11 April 2011 di Hotel Hoover Sri Aman. Semoga kehadiran YB dapat memacu kecemerlangan dunia pendidikan khususnya di Sri Aman ini. Tahniah & syabas kepada semua warga pendidik yang dijemput hadir dalam perjumpaan ini. SKASA diwakili oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KK.

Program Keceriaan Sekolah

Assalamualaikum...
Pihak SKASA mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKASA yang bertungkus-lumus menjalankan aktiviti-aktiviti keceriaan sekolah. Semoga melalui usaha ini, dapat menjadikan SKASA lebih Segar & Kondusif untuk Pembelajaran dan Pengajaran anak-anak di sini. Syabas, dan teruskan usaha!

Keceriaan 1 (Tempat Letak Kereta)

Keceriaan 2 (Bilik Mesyuarat)

Pemantauan program LINUS

Assalamualaikum...
Pada 08 April 2011 SKASA telah dilawati oleh 3 orang pegawai dari PPD Sri Aman iaitu Pn. Marry Terrance Embol, En. Bong Yu Wan dan En. Joni Colin Singet. Kedatangan pegawai-pegawai berkenaan adalah untuk memantau perjalanan program LINUS dan Ujian Saringan 1 & 4 sesi 2011. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam menjalankan program ini. Semoga semua murid kita sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.

Operasi Menghapuskan Tebuan

Assalamualaikum...
Pada malam jumaat 07 April 2011 yang sangat dingin.... 2 orang anggota bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Sri Aman berjaya menghapuskan ancaman tebuan berbisa yang menghantui warga SKASA selama ini. Tepat jam 7.30 malam, mereka memanjat ke bumbung bangunan kelas tahun 6 berbekalkan lampu suluh dan uniform khas. 30 minit kemudian mereka berjaya membunuh kesemua tebuan dan membuang sarangnya yang telah lama bertapak di hujung bumbung bangunan kelas. Pihak SKASA merakamkan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka..UNITICT melaporkan dari tempat kejadian...

Suntikan Imunisasi Murid Tahun 1

Assalamualaikum..
Pihak SKASA mengalukan kedatangan Doktor & Jururawat Klinik Kesihatan Sri Aman ke SKASA pada 07 April 2011 (Khamis) untuk memberikan suntikan tersebut. Terima kasih atas kerjasama dan tanggungjawab anda semua. Semoga semua anak-anak kesayangan kita dapat menuntut ilmu dengan lebih baik berbekalkan tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Berkhidmatlah dengan penuh keikhlasan!