YA! KITA JUARA!!! PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG & FORMASI PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN

Pada 12 Ogos 2014, kumpulan kompang sekolah telah menempa kejayaan buat pertama kalinya apabila berjaya memenangi pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah peringkat Bahagian Sri Aman. Pasukan kompang sekolah telah menewaskan SK Abang Aing dan sekaligus akan mewakili Bahagian Sri Aman ke peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada 27-29 Ogos di Sri Aman.
Tahniah kepada jurulatih, Cg Farzona, Cg Aifa dan Ustaz Azri atas usaha yang diberikan.
All the Best untuk ke peringkat negeri! TAHNIAH!!!








Bergambar kenangan dengan pasukan SK Abg Aing
MAJLIS TAMAH TAMAH AIDILFITRI

Pada 8 Ogos yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan majlis ramah tamah Aidilfitri sebagai suatu acara tahunan sekolah untuk meraikan aidilfiri dengan seluruh warga sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin, diikuti dengan perhimpunan mingguan sekolah.
Sekitar jam 8.30 pagi, majlis bermula dengan ucapan oleh tuan Guru Besar, persembahan qasidah, persembahan nyanyian lagu raya, kuiz raya dan persembahan khas oleh wakil ibu bapa dan tidak dilupa tuan Guru Besar sendiri.
Walaupun sambutan dijalankan dengan cuaca yang hujan lebat, namun ia tidak mengurangkan keceriaan dan kehangatan majlis dengan kehadiran para ibubapa yang diluar jangkaan. Tahniah kami ucapkan!















IFTAR JAMAIE SK AGAMA

23 Julai 2014, pihak sekolah telah berjaya mengadakan majlis Iftar Jamaie bersama seluruh warga SKAASA dan para imam dan bilal yang bertugas sepanjang Bulan Ramadhan pada tahun ini.
Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang terdapat di SKASA.
Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu satu makna kepada kita semua.
RAMADHAN KAREEM!!!





MAJLIS PERSARAAN MADAM MAS HASANAH....
"Goodbye Madam, you're always in our heart!" really miss you....

Pada 18 Julai 2014, merupakan hari yang tidak dilupakan buat semua warga SKASA. Pada hari tersebut, Madam Mas Hasanah telah tiba ke penghujung perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Majlis telah dirancang dengan begitu baik dan berjaya dijalankan dalam suasana yang meriah, namun sederhana. Semoga Madam Mas terus tidak jemu menyumbang bakti buat anak bangsa. Thank You Madam!



Ucapan Wakil Murid

Ucapan Tuan GB

Madam sedang menyampaikan amanat beliau yang terakhir.

Persembahan murid sebagai dedikasi khas buat gurunya yang tersayang

Kenangan Terindah

Diarak dengan penuh penghormatan dan kasih sayang
buat Madam Mas.