Program Bengkel Projek HIPERS 2011

Assalamualaikum...
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola & Jawatankuasa Kerja kerana telah berjaya menganjurkan bengkel ini. Sekalung penghargaan buat semua guru, staf sekolah dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga melalui pendekatan ini, memberi manfaat ke arah kecemerlangan akademik calon-calon UPSR tahun ini. Syabas!


Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Assalamualaikum....
Pada 02 Julai 2011, pihak SKASA telah melaksanakan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengadakan Larian Serentak Seluruh Malaysia. Pihak SKASA telah bersetuju untuk melibatkan semua guru, staf dan murid-murid dalam program ini. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga apa sahaja objektif program ini, kita dapat memanfaatkannya untuk kesihatan & kesejahteraan kita.

Video 1

Video 2

Gambar


Sambutan Israk dan Mikraj 1432H

Assalamualaikum...
ٍSelamat Menyambut Israk & Mikraj 1432 Hijrah pihak SKASA ucapkan kepada semua. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam/Bahasa Arab & Jawatankuasa Penghayatan Islam kerana telah berjaya merancang dan menganjurkan sambutan pada tahun ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Nasyid, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Laungan Azan, Ceramah, Kuiz dan sebagainya. Semoga melalui aktiviti ini, semangat dan kecintaan kita kepada Rasulullah terus kukuh sekaligus memantapkan KETAKWAAN kepada ALLAH S.W.T.