MAJLIS TAMAH TAMAH AIDILFITRI

Pada 8 Ogos yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan majlis ramah tamah Aidilfitri sebagai suatu acara tahunan sekolah untuk meraikan aidilfiri dengan seluruh warga sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin, diikuti dengan perhimpunan mingguan sekolah.
Sekitar jam 8.30 pagi, majlis bermula dengan ucapan oleh tuan Guru Besar, persembahan qasidah, persembahan nyanyian lagu raya, kuiz raya dan persembahan khas oleh wakil ibu bapa dan tidak dilupa tuan Guru Besar sendiri.
Walaupun sambutan dijalankan dengan cuaca yang hujan lebat, namun ia tidak mengurangkan keceriaan dan kehangatan majlis dengan kehadiran para ibubapa yang diluar jangkaan. Tahniah kami ucapkan!















No comments:

Post a Comment