SELAMAT MENDUDUKI UPSR
SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bengkel Projek HIPERS 2010

Pihak Jawatankuasa Pengelola Bengkel Projek HIPERS 2010 mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru dan staf yang terlibat dalam menjayakan program ini. Di samping itu, tahniah diucapkan kepada semua murid calon UPSR 2010 yang terlibat. Dengan usaha kita bersama mudah-mudahan Allah memberikan kejayaan kepada semua calon UPSR dan kecemerlangan berterusan buat sekolah yang kita cintai...


Hari Guru 2010

Selamat Hari Guru buat semua tenaga pengajar SKASA..Semoga jasa anda semua diberkati Allah.. Di antara aktiviti sempena hari guru pada tahun ini.."Guru Pembina Negara Bangsa"

Aktiviti 1

Aktiviti 2


Aktiviti 3

Aktiviti 4




Peperiksaan Penggal 1

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan. Bermula 18 - 21 Mei 2010, semua murid SK Agama akan menduduki Peperiksaan Penggal 1 tahun 2010. Diharapkan semua murid telah bersedia dan menjawab solaan dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati. Semoga peperiksaan ini dapat menjadi kayu pengukur kepada pencapaian murid-murid sepanjang 1 semester mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih juga kepada pihak pentadbir, semua guru dan staf sekolah yang membantu menjayakan peperiksaan ini..






Gotong-Royong Perdana

Program ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penglibatan semua sekolah. Gotong-royong ini adalah sempena sambutan hari guru pada tahun ini. Program ini diadakan pada 15 Mei 2010 hari Sabtu melibatkan semua guru & staf, murid-murid tahap 2 dan ibu bapa. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia

Majlis:
Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Tahap 1 & 2

Peringkat:
Zon Sri Aman

Tarikh:
03 Mei 2010 (Isnin)

Tempat:
Dewan al-Ghazali SK Agama

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia SKASA yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Juga kepada En. Kharol Salleh, En. Tarmizi, En. Mazlan dan Pn. Mariam di atas bantuan dan sumbangan yang tidak terhingga.

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini dan syabas kepada peserta yang berjaya...Bahasa Jiwa Bangsa...




Program Menangani Gejala Disiplin Murid

Program ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN).

Tarikh:
09 April 2010

Tempat:
SK Agama Sri Aman

Masa:
0800 - 1130 pagi

Penyertaan:
Murid-murid sekolah dalam Zon Sri Aman

Pemilihan Peserta MTQ 2010

Majlis ini diadakan untuk memilih peserta untuk mewakili Daerah Sri Aman dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran di Kuching. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan terima kasih kepada semua penyertaan..

Tarikh:
14 April 2010

Tempat:
SK Agama Sri Aman

Acara:
  1. Tilawah AL-Quran
  2. Hafazan Al-Quran
  3. Bercerita Kisah Dari Al-Quran
  4. Syarahan Agama




Kem Bestari Solat 1

Assalamualaikum....Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SKASA mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya kepada semua guru Pendidikan Islam, Guru j-QAF, Guru KAFA dan semua murid yang terlibat....Semoga program seterusnya dapat dilaksanakan dalam membentuk generasi menghayati Solat....

Tarikh:
23-24 Februari 2010

Masa:
2.30 - 5.30 petang

Tempat:
Surau al-Iltizam SKASA





Perarakan maulidur Rasul 1431 Hijrah

Tahniah dan syabas kepada semua sahabat-sahabat warga SKASA yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini. Tahniah juga diucapkan kepada "skuad sepanduk" yang berjaya menyiapkan sepanduk tepat pada masanya. Semoga segala peluh keringat yang dicurahkan diberi ganjaran di sisi Allah. Selamat menyambut maulidur Rasul 1431 Hijrah.."MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH"


Majlis Perpisahan PK 1

Majlis ini diadakan sebagai simbolik perpisahan dan ucapan terima kasih kepada En. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar yang akan berpindah ke IPG Batu Lintang. Beliau telah berkhidmat di SKASA selama lebih 2 tahun. Pihak SKASA mengucapkan jutaan terima kasih beliau di atas segala jasa dan sumbangannya selama ini dan semoga beliau sentiasa berjaya dan dimudahkan Allah dalam semua urusan..

Beliau akan berkhidmat di Unit Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
.

Peserta Program "The Perfect Strike II"

Pengagihan dan penyerahan Tag Nama peserta Program The Perfect Strike II 2010 telah diadakan pada 05 Februari 2010 di Dewan al-Ghazali. Setiap peserta dibahagiakan kepada 4 kumpulan dengan bimbingan mentor di kalangan guru-guru.

Kumpulan 1
Mentor: Ustazah Norhanizar binti Hassan
1. Muhamad Amiruddin bin Bustaman
2. Muhammad Hadi bin Saleh
3. Halimatus Sakdiah binti Zahari
4. Nur Sufi Zafirah binti Sarifuddin
5. Aina Farhani binti Fadzli

Kumpulan 2
Mentor: Cik Nurul Hayati binti Majelas
1. Mohd Ammar Zakwan bin Mohd Jamil
2. Mohd Alieffri Ikmal bin Mohd Usman
3. Mas Nurul Adlina binti Mas Rabaie
4. Dayang Nur Afriny binti Awang Sahari
5. Nor Nadhirah binti Hj Hussaini

Kumpulan 3
Mentor: Ustazah Nor Asiah binti Mohammad Yussop
1. Mohd Aidel Ariffin bin Marda'im
2. Haziq Akmal bin Aswandi
3. Jasmin binti Rapian
4. Miza Farzana binti Samat
5. Fatimah Habibullah binti Kamil

Kumpulan 4
Mentor: ustazah Nor Azizon binti Mat Ali
1. Fariduddin bin Dollah
2. Mohd Hazwan bin Kharol Salleh
3. Dayang Ellysha Ezrein binti Abang Noran
4. Nurul Izzati binti Napie
5. Dayang Nurshahira binti Abang Ismail

Program Kecemerlangan UPSR 2010 Fasa 1

Program ini dijalankan di Dewan al-Ghazali SKASA pada 28 - 30 Januari 2010 (Khamis - Sabtu). Diharapkan melalui usaha murni ini dapat memantapkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah. Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat..