Kem Kepimpinan Pengawas, Ketua Kelas & Penolong

Assalamualaikum....

Setinggi tahniah diucapkan kepada jawatankuasa ini kerana telah berjaya mengadakan kem ini pada 24 - 25 Februari yang lalu. Kerjasama & komitmen yang diberikan oleh semua guru, staf bukan guru dan murid-murid amatlah dihargai. Menjadi harapan kita semua agar, para pemimpin murid di SKASA ini akan lebih berketrampilan, berdedikasi dan berwawasan. Tahniah!











Agihan Kelas 2012

Agihan Murid mengikut kelas:

6 CEMERLANG

6 BESTARI

5 CEMERLANG

5 BESTARI

4 CEMERLANG

4 BESTARI

3 BESTARI

2 CEMERLANG

2 BESTARI

1 BESTARI

PRA SEKOLAH CEMERLANG

PRA SEKOLAH BESTARI

Perarakan Maulidur Rasul 1433 Hijrah

السلام عليكم
اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

ِAssalamualaikum...
Tahniah & syabas kepada Jawatankuasa Penghayatan Islam SK Agama kerana berjaya menganjurkan program ini pada 10 Februari 2012 (Jumaat). Semoga kita senantiasa menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.



















Program Kesedaran Penjagaan Gigi 2012

Assalamualaikum....
Pihak Pejabat Pergigian Bahagian Sri Aman telah menganjurkan program kesedaran ini khusus kepada semua murid SK Agama Sri Aman. Terima kasih dan syabas dari kami warga SKASA! Semoga semua anak didik kita sentiasa cakna dalam penjagaan gigi ini.









Perlantikan Ketua Pengawas Sekolah 2012

Assalamualaikum....
Jawatankuasa Pengawas Sekolah telah bermesyuarat dan bersetuju melantik:

1. Adik Nur Zhafri Syakirin bin Sarifuddin (Ketua Pengawas Lelaki)

2. Adik Nur Munirah binti Ahmad (Ketua Pengawas perempuan).

Pihak SABKSA mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan berharap semoga mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan bersama membantu pihak sekolah membentuk disiplin di kalangan murid. TAHNIAH!!








Sesi Persekolahan 2012

Assalamualaikum...
Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah & 2012 Masihi...Selamat kembali kepada semua warga SKASA. Semoga tahun baru ini memberikan lebih banyak kejayaan dan keredhaan daripada Allah.. Marilah bersama kita berusaha untuk memajukan diri kita, anak-anak didik kita, sekolah kita dan yang paling UTAMA ialah AGAMA kita...

Wajah Baru SK Agama Sri Aman 2012

Selamat kembali semua warga SKASA! Semoga tahun ini memberi lebih kejayaan dan keberkatan dari Allah S.W.T