Solat Hajat 1 2011

Assalamualaikum...
Jawatankuasa Program Penghayatan Islam SKASA telah berjaya menganjurkan Solat Hajat & Bacaan Yaasin secara berkala. Pihak SKASA berharap melalui pendekatan ini seiring dengan kesungguhan dalam bidang Akademik dapat memacu kecemerlangan murid dan guru. Tahniah & Syabas!

Program Motivasi UPSR Fasa 1

Assalamualaikum...
Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKASA:

Tarikh Pelaksanaan:
22 - 24 Februari 2011

Tempat:
Dewan Al-Ghazali SKASA

Tema:
Murid Berkualiti Murid Cemerlang

Laporan Aktiviti:
Sila rujuk laporan gambar di bawah.

Aktiviti Hari Pertama

Aktiviti Hari Kedua

Program Pemuafakatan Ibu Bapa 2011

Assalamualaikum....
Program ini dijalankan pada 22 Februari 2011 (Selasa) pada jam 3.30 petang. Ia melibatkan semua waris, ibu bapa dan murid tahun 6. Semoga melalui pendekatan ini, pihak SKASA berharap prestasi UPSR akan bertambah baik dan mencapai sasaran. Syabas & tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijri

Assalamualaikum....
Marilah bersama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan, kehidupan kita sentiasa diberkati dan terpelihara atas landasan yang benar lagi tuntas bertunjangkan Al-Quran & Sunnah. Tahniah kepada semua atas kejayaan sambutan majlis pada tahun ini....

Perarakan Maulidur Rasul

Jamuan Khas

Acara Dewan

Latihan Kebakaran Fire-Drill

Assalamualaikum....
Hari ini semua warga SKASA digemparkan dengan bunyi siren kecemasan yang menyebabkan semua guru, murid & staf lari menyelamatkan diri di kawasan selamat. Pihak SKASA mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Latihan Kebakaran Fire-Drill 2011 kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna.. Bersamalah kita menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat dari ancaman kebakaran....


Syarahan Agama Maulidur Rasul 1342 Hijri

Assalamualaikum.....
Pihak SKASA mengucapkan SYABAS & TAHNIAH kepada 2 orang murid SKASA yang telah menyertai pertandingan ini yang diadakan pada 13 Februari 2011 di Dewan Masjid Bandar Sri Aman. Mereka ialah Adik Wan Muhadzdzib & Adih Sharifah Nadhirah telah menjadi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan ini. Semoga penghayatan sambutan kali ini dapat menyuntik iman kita menjadi lebih mantap dan kukuh dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar....

Pemilihan Atlet 2011

Assalamualaikum....
Jawatankuasa Pemilihan Atlet 2011 di bawah seliaan dan kelolaan Unit Ko-Kurikulum SKASA telah berjaya mengadakan pemilihan atlet ke Pertandingan Kejohanan Balapan & Padang Peringkat Zon Sri Aman pada 07 Februari 2011 (Isnin). Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan semua guru yang terlibat dalam pemilihan ini. Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terpilih dalam kejohanan ini.. Semoga penyertaan anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang.