CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR

6 MAC ; Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung program ceramah motivasi kecemerlangan UPSR anjuran unit Bimbingan & Kaunseling SKASA yang melibatkan murid-murid Tahun 5 & 6. Program berlangsung di Dewan Al-Ghazali bermula jam 8 pagi. 2 Penceramah dijemput khas bagi mengisi 2 slot ceramah iaitu Ustaz Isselahuddin dari JAIS Sri Aman dan En Subhan dari JKM Betong.

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan kepada penceramah dan berharap agar murid-murid mengambil sebanyak mungkin ilmu dan tips yang berguna yang telah disampaikan oleh penceramah tadi.

Semoga ia menjadi satu lonjakan semangat kepada murid-murid untuk menjulang SKASA ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang akademik mahupun kokurikulum serta sahsiah insan.

KepadaNya kita berserah...amin Ya Rabbal 'Alamin...








No comments:

Post a Comment